Mak Nana,
Pada hari sabtu yang lepas, mama dapat panggilan mengatakan mak nana sedang tenat. Adik,mama dan papa terus bergegas ke Hospital Kuala Lumpur tempat mak nana 'berkampung' untuk beberapa minggu. Dalam perjalanan ke lantai 2 wad 2, adik nampak uncle zul, kak ada dan misha tengah menangis..
Sepanjang mak nana sakit, adik tak pernah menangis walau setitis pun setiap kali pergi melawat. Bukan adik tak kasihan. Bukan adik tak sayang mak nana. Tapi adik tanam harapan palsu dan yakin dengan harapan itu bahawa mak nana akan kembali pulih seperti sedia kala. Semua kehendak Tuhan. Siapa adik untuk mempersoalkan ketetuanNya kan? Adik hanya mampu berdoa permudahkanlah pemergian mak nana ke sana.
Mak Nana,
Sebelum melangkah ke dalam wad itu, kak ada datang peluk adik dan menangis. Detik itu, air mata adik jatuh berjuraian juga akhirnya. Baru adik sedar. Dengan penyakit kanser tulang yang telah merebak ke paru-paru dan payudara dan telah mencapai tahap keempat, peluang mak nana untuk hidup begitu tipis. Tapi mak nana tak pernah menunjukkan kesedihan dan derita yang dilalui menyebabkan adik makin yakin bahawa mak nana tidak akan pergi buat masa terdekat ini.
Dengan langkah yang berat adik berjalan menuju ke katil. Melihat sahaja keadaan mak nana yang sedang bertarung dengan nyawa, tercungap menyedut oxygen dengan bantuan life support machine, berat badan yang susut mendadak, adik jadi sebak. Adik tak lagi kuat untuk menutup kesedihan saat itu. Adik baca Yasin sambil urut kaki mak nana yang diselimutkan. Berharap urutan itu dapat membantu meringankan rasa sakit. Bila adik seluk tangan dalam selimut dan memegang kaki mak nana, lagi adik rasa hiba. Kaki mak nana dah sejuk dan 'jatuh'.
Mak Nana,
mungkin mak nana sedar kami bergilir-gilir mengajar mak nana mengucap di telinga mak nana. tapi mak nana tak dapat memberi tindak balas. Setelah beberapa jam kemudian, adik dengar mak nana bersuara. Mak nana dengar adik bisik kan? mak nana ikut adik mengucap kan?
Oleh sebab tidak ada apa yang boleh dibuat lagi untuk menyelamatkan mak nana dan tidak mahu menyiksa mak nana dengan memasukkan sesuatu yang adik pun tak tahu namaya ke dalam mulut terus ke paru-paru untuk tujuan memudahkan mak nana bernafas, semua sebulat suara mengambil keputusan untuk menghentikan life support machine dan bawa mak nana ke rumah opah Cheras baru. Masih dengan bantuan oxygen, mak nana naik van Boss (abang ipar mak nana).
Mak Nana,
adik tak tahu dalam perjalanan itu mak nana menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan semua yang menyayangi mak nana sebab adik naik kereta lain. sampai saja di Cheras Baru, adik nampak mak nana dah terbaring atas katil yang diletakkan di tengah-tengah ruang tamu tanpa bantuan oxygen. Adik terdiam dan hanya memandang kosong. Misha anak bongsu mak nana memandang adik dan menggelengkan kepala memberi isyarat bahawa mak nana sudah tiada. Adik mintak maaf... adik tak sepatutnya menangis depan mak nana. Adik sepatutnya biar mak nana pergi dengan hati yang tenang.
Malam tu kami semua tidur di ruang tamu sambil bergilir-gilir membaca Yasin. Mak nana macam tengah tidur. Pagi esoknya baru upacara pengebumian dijalankan. Adik rasa menyesal menolak untuk mandikan mak nana. Adik takut kalau-kalau adik tersalah buat dan hanya menyakitkan jasad mak nana saja. Adik hanya tolong membersihkan telinga, hidung, dan memegang kepala mak nana je.
Mak Nana dah macam ibu adik. Mak nana pernah menjaga adik. Mak nana tahu makanan apa yang adik suka dan tidak. Masih terngiang suara dan gelak tawa mak nana. Masih susah untuk percaya mak nana dah tak ada.
![]() |
| Adik sayang mak nana... |
![]() |
| tengok lah. cik odie masih boleh duduk atas riba mak nana lagi.. =) |
![]() |
| macam mana nak percaya mak nana dah tak ada.. =( |
Semoga mak nana ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Mak nana jangan risau..InsyaAllah adik akan sentiasa mendoakan mak nana ye.
Al-Fatihah.



No comments:
Post a Comment